» indexaboutmessagelinks
06 October 2014, 1:28:00 PM (comment)

Aku sudah penat berlari.
Mengejar engkau
Sedangkan aku tahu
Aku tak akan dapat engkau
Tapi.. aku tetap mencuba dan terus mencuba
Kerana aku bukan lah jenis yg suka cepat mengalah

Aku berlari lagi
Aku hampir dapat
Tetapi..
Kemudian aku penat semula
Kerana aku tak dapat kejar engkau
Engkau makin pergi
Jauh. Jauh. Dan. Semakin menjauh

Kini aku berhenti berlari
Penat. Lelah. Aku dah tak larat
Walaupun jantung aku masih lagi berdenyut
Kaki aku masih lagi sanggup untuk berlari
Cuma aku.. dah terlalu penat
Hanya mulut aku sahaja
Yang masih larat untuk melayan engkau
Hanya jari aku sahaja
Yang masih lagi menari..

Labels:



« previous
next »

reading