"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
(Q.S AL MULK 67:15)
" Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Q.S AL MULK 67:19)
Jadi.. APA SEBENARNYA MILIK KITA? Takde ape yg milik kita pun sebenarnya. Sedarlah bahawa apa yg kita miliki sekarang ni adalah semuanya milik Yang Maha Pencipta. Kita yg hidup sementara dimuka bumi Allah ni, perbanyakkan lah buat amalan2 yg soleh untuk menjadi salah satu dripada ahli syurgaNya. SubhanAllah. Perbanyakkanlah ucap Alhamdulillah.. zikir dan juga selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Insya Allah♥
Labels: chocolate