» indexaboutmessagelinks
14 April 2015, 4:05:00 AM (comment)

Jagalah akhlak kita dari segi percakapan, perbuatan mahupun cara kita berjalan.. kerana dari situ melambangkan tingkah laku kita sebagai seorang manusia  yg berakhlak ataupun tidak. Elakkanlah dariada menyebut perkataan perkataan kurang manis seperti celaka, bodoh, tak guna dan pelbagai cercaan lagi.. sebaliknya gunakanlah perkataan yg manis dan baik untuk didengari.. Kata kata yg manis tidak merugikan, bahkan menguntungkan.. Adab dan akhlak perlulah seiring.. wanita mahupun lelaki..
              
Sekiranya orang melakukan kejahatan terhadap kita, maka balaslah dengan kebaikan.. sebagaimana Allah swt tetap memberi kebaikan dan nikmat kepada org yang melakukan kejahatan kpdaNya.

Mesti kita pun nak mencontohi seperti sifat Rasulullah SAW kn? Jadi.. kita ubahlah dan binalah akhlak yg terpuji itu.. Rasulullah juga dah membuktikan kepada kita dlm melaksanakan dakwah, salah satu punca kejayaan adalah menerusi akhlak yg dimiliki oleh Baginda..

Seperti dalam AlQuraan..
Allah SWT berfirman, "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" -surah Al-Qalam:4

Percakapan.. setiap kali rasa macam nak mencerca orang, cuba kita beristighfar semula. Lama2, insya Allah dah menjadi kebiasaan..
Perlakuan.. Bersikap baiklah pada semua orang maka orang pun akan senang dengan sikap kita..

Sama2 lah kita perbaiki diri dan contohi sebagaimana sifat Baginda yg terpuji itu.

-Tuhan sedang menguji kita: 212

Labels:



« previous
next »

reading