» indexaboutmessagelinks
27 September 2014, 9:27:00 PM (comment)

Buat renungan diri ini dan bersama

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih layan tv, movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
Tapi cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
tapi kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang pejuang
tapi kau tak pun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
tapi mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
tapi ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
tapi kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
Tapi hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
tapi kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
Tapi kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu

KATANYA KAU SEORANG PEJUANG..

** kini baru ku tahu, aku masih belum layak untuk bergelar pejuang.. bersama menangislah diri, membentuk peribadi.. wallahua'lam..

Moga sesi kepimpinan akan datang lebih cemerlang demi menjulang kalimah Allah.. takbir!

(copy: Imahsolehah87.blogspot.com)

Labels:



« previous
next »

reading