» indexaboutmessagelinks
21 August 2014, 7:29:00 PM (comment)

Tiga jenis kawan kata Imam Al-Ghazali :

Kawan yang pertama

Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan
dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat
agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata
jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana
kebaikan yang banyak diperolehi.

Kawan yang kedua

Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia
terima ilmu & nasihat agama yang kita
sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali
kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah
kerana dengan kita sampaikan ilmu &
nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan
perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga

Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila
kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan
iaitu seperti dia tak suka ilmu yang di
sampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang
kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan
kawan dengan orang macam ini kerana
tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.
Dan takut-takut kita terikut cara &
tingkahlaku dia yang boleh membawa kita
kepada kehancuran

Labels:



« previous
next »

reading