wahai pemakai niqob.
saudariku tercinta.
untuk apa kamu menutup wajah?
kalau masih ditayang di layar-layar
apa tujuanmu??
wahai pemakai niqob
saudariku tercinta
untuk apa kamu menutup wajah
kalau lidahmu masih
bercabang macam ular??
wahai pemakai niqob
konon, kamu tidak mahu menunjuk wajah lalu
kamu tayangkan manusia lain
pengganti dirimu
di media sosial
bila ada bertanya
"kamukah berniqob itu?"
maka jawabmu,
" bukan.. aku ambik di syeikh google"
bukankah dia juga manusia?
maka kamu menutup wajah
tapi menunjukkan saudarimu??
wahai saudariku pemakai niqob
konon, kamu tidak mahu menunjuk wajah
lalu kamu hadiahkan susuk tubuhmu dari arah belakang
atau kakimu berstokin panjang
atau tanganmu putih melepak
bukankah ia bagian tubuhmu
jadi untuk apa??
wahai saudariku berniqob
berhenti mem"pelangi"kan matamu!
berhenti meng"colourblock" kan bajumu
berhenti mempertontonkan dirimu
di celah ramai .
lalu ketawa bersama para muslim dalam ketawa sopanmu....
wahai saudariku yang kucinta
tajdid niatmu
biar lurus kerana Allah
biar kamu dipandang yang halal
sahaja!
ummu abiha, Fatimah r.a menanti anak-anak wanitanya:'(
" sebaik-baik wanita itu adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang. "
kitakah anak - anak wanitanya?
:'(
Allah.. sangat-sangat terasa. Maafkan hamba-hambaMu ini ya Allah :'(
*Copy paste from Facebook: Indahnya Berpurdah.
Labels: chocolate